[v51] Hari ini :17-11-2018

PEMAKLUMAN


Pemakluman Berkaitan Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik Pelajar Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
(Dalam Negara)



Pelajar-pelajar tajaan JPA (Dalam Negara) peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja yang mendapat GPA / PNG atau CGPA / PNGK di bawah 3.00 (salah satu atau kedua-duanya) atau mendapat keputusan 'Gagal' (bagi pelajar bidang perubatan dan pergigian) dikehendaki mengisi dan melengkapkan Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik sebelum urusan bayaran biasiswa pada semester berikut dilaksanakan.

Borang yang telah dikemaskini dengan lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan ini melalui emel lspdn@jpa.gov.my. Bagi pelajar yang tidak mengemukakan borang berkenaan, bayaran biasiswa pelajar akan lewat diproses atau tidak dikreditkan. Hanya pelajar yang mengemukakan borang yang lengkap diisi sahaja akan diproses bayaran penajaan.

         Muat Turun Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik


Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia.

[ Hubungi Kami ]