Kursus :

 

PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI

REPUBLIK KOREA TAHUN 2012

 

 Tajaan :

 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

 Kategori :

Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan

 Syarat-Syarat :

 

(a)    Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2012;

(b)    Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan;

(c)    Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;

(d)    Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2008, 2009 & 2010 atau 2009, 2010 & 2011). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;

(e)    Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);

(f)     Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;

(g)    Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan

(h)    Telah mengisytiharkan harta.

 

Tatacara Permohonan:

Tanggungjawab Pegawai.

           

a)    Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan di LAMPIRAN A (Borang JPA(L) LDP 1B/96 [Pin. 2012 – BELIA]).

 

b)    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

 

(i)            Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN B);

(ii)           Borang JPA(L) LDP 1A/96 (LAMPIRAN C);

(iii)          Salinan Senarai Tugas; dan

(iv)         Salinan Kad Pengenalan calon.

 

c)    Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.

 

d)    Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

 

Tarikh- Tarikh Penting

1.    Tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan adalah pada 20 Februari 2012.

 

2.    Semakan panggilan ke sesi temuduga akan diumumkan di laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my pada 12 Mac 2012.

 

3.    Keputusan pencalonan yang berjaya akan diumumkan di laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my pada 6 April 2012.

 

4.    Program tersebut bermula pada 17 Mei 2012 sehingga 26 Mei 2012.

 

Dokumen Permohonan/ Rujukan

1.    LAMPIRAN A : Borang JPA(L) LDP 1B/96 (Pin. 2012 - BELIA)

2.    LAMPIRAN B : Borang Perakuan Ketua Jabatan

3.    LAMPIRAN C: Borang JPA(L) LDP 1A/96

4.    Surat Edaran

5.    Carta Alir Prosedur Permohonan/Pencalonan

Alamat Surat- Menyurat

 

 

            Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

            Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

            Bahagian Pembangunan Modal Insan

            Aras 3, Blok C1, Kompleks C

            Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

            62510 W.P. PUTRAJAYA.

            (u.p: Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan)

 

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah menghubungi:

                                   

            Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan

           Bahagian Pembangunan Modal Insan

           

          Telefon             :           03-88853546

          Faks                  :           03-88892171

          Emel                 :           ldp@jpa.gov.my