Hari ini :17-05-2012

PERMOHONAN ATAS TALIAN

LATIHAN SEBELUM PERKHIDMATAN (LSP) Program-program penajaan untuk pelajar-pelajar yang belum berkhidmat dengan kerajaan.

Image

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Industri Kreatif (CILLP)  
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Multimedia Development Corporation (MDeC) mengumumkan penawaran Skim Biasiswa dan Latihan dalam bidang Multimedia Kreatif di bawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Industri Kreatif (CILLP).
Permohonan dibuka sepanjang tahun. Sila hubungi support@cill.my untuk sebarang pertanyaan.

Image

PENAWARAN PENAJAAN PELAJAR PERUBATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) KE UNIVERSITI PERDANA (UP) BAGI TAHUN 2012  
Sukacita dimaklumkan bahawa JPA kini menawarkan penajaan bagi Program Pengajian Perubatan di Universiti Perdana. Program tersebut meliputi program Perdana University Graduate School of Medicine (PUGSOM) (dengan kolaborasi John Hopkins University School of Medicine) dan program Perdana University Royal College of Surgeons in Ireland (UP-RCSI) (dengan kolaborasi Royal College of Surgeons in Ireland). Semakan panggilan temuduga ini boleh dibuat mulai 5 Mei 2012 sehingga 18 Mei 2012.

Image

KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PROGRAM PENAJAAN BAGI LULUSAN SPM 2011  
Kenyataan akhbar ini adalah untuk menjelaskan pendekatan Kerajaan mengenai kaedah pengurusan dan penawaran penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara di peringkat Ijazah Pertama dan persediaan pra-universiti.


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) Program-program penajaan untuk pegawai dan kumpulan sokongan yang sedang berkhidmat dengan kerajaan.

Image

Diploma Pengurusan Awam Siri 1/2012  
Sukacita dimaklumkan bahawa kepada peserta Diploma Pengurusan Awam Siri 1/2012, tuan/puan adalah dipohon untuk melengkapkan dua dokumen yang berkaitan dengan kelulusan Cuti Belajar untuk mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam .Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:-

  • JPA LDP 1B96 - DPA
  • Perjanjian DPA
  • Panduan Pengisian Perjanjian DPA

  • Dokumen yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan ketika pendaftaran DPA di INTAN.

    SEMAKAN KEPUTUSAN


    Image

    PERUBAHAN TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KURSUS PENDEK PROGRAM KEPIMPINAN KUMPULAN PENGURUSAN PERTENGAHAN GRED 48 - 54 TAHUN 2012  
    Adalah dimaklumkan bahawa JPA masih lagi dalam proses pertimbangan Program Kepimpinan Kumpulan Pengurusan Pertengahan Gred 48 - 54 Tahun 2012. Semakan keputusan tersebut akan diumumkan di portal JPA atau Portal Esila pada 21 Mei 2012

    Image

    Semakan Keputusan Permohonan: Program Sangkutan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan di Syarikat-syarikat Swasta Republik Persekutuan Jerman Tahun 2012  
    Semakan Keputusan Permohonan Program Sangkutan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan di Syarikat-syarikat Swasta Republik Persekutuan Jerman Tahun 2012 boleh dibuat mulai 4.30 petang pada 8hb Mei 2012 sehingga 8hb Jun 2012.

    Image

    Keputusan Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara 1/2012  
    Semakan Keputusan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara 1/2012 Boleh Dibuat Mulai 24 April 2012 Jam 9.00 Malam Sehingga 24 Mei 2012.

    INFO SEMASA

    APLIKASI ATAS TALIAN

    MUAT TURUN

    Tiada Muat Turun Terkini

    PAUTAN

    INFO PELAWAT

    Jumlah Pelawat sehingga hari ini :

    Free Hit Counter
    Hit Counter

    Bahagian Pembangunan Modal Insan

    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

    Aras 3-6, Blok C1,Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia.

    Tel : 603-8885 3000 Email : esila@jpa.gov.my

    © 2006 Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam - webmaster

    Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan FirerFox dan Internet Explorer