Apa yang Terbaru di JPA!
PENGUMUMAN PENTING!
Bagi melancarkan urusan Tuntutan Elaun Amali dan Tesis, pelajar tajaan JPA dikehendaki untuk merujuk dan memuat turun Garis Panduan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Tesis yang tertera di ruangan "Muat Turun". Sebarang tuntutan dan dokumen sokongan yang telah lengkap perlu dikemukakan melalui pos ke alamat berikut :
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 4, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(U/P: Unit Kewangan)
Untuk makluman, Jabatan ini hanya akan memproses tuntutan yang dibuat menggunakan borang permohonan terkini dan sebarang tuntutan yang dibuat melalui email tidak akan dilayan.
Berdasarkan pemakluman melalui surat edaran rujukan JPA.BK(S)306/4Jld.2(6) bertarikh 25 September 2019 berhubung Pemansuhan Penggunaan Borang PSD Form (PERFORMANCE) 6/1993 di Kementerian/Jabatan Persekutuan telah dinyatakan bahawa pegawai yang diluluskan Cuti Belajar adalah layak diberikan pergerakan gaji sebenar sepanjang tempoh berkursus.
Selaras dengan keputusan tersebut, tiada lagi keperluan untuk menetapkan Pergerakan Gaji Tahunan berasaskan Laporan Kemajuan Kursus. Sehubungan dengan itu, keperluan PSD Form yang disyaratkan melalui surat edaran JPA(S)NP.306/3SK/(2) bertarikh 18 Oktober 1993 DIBERHENTIKAN penggunaannya berkuat kuasa serta-merta.