[v51] Hari ini :18-01-2020

PERMOHONAN ATAS TALIAN

LATIHAN SEBELUM PERKHIDMATAN (LSP) Program-program penajaan untuk pelajar-pelajar yang belum berkhidmat dengan Kerajaan.

Image

PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN 9A+ TAHUN 2019  
Permohonan online bagi Program Penajaan 9A+ Tahun 2019 mula dibuka pada 15 Mac 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 30 Jun 2019 jam 5.00 petang.

Sila klik di sini untuk memohon
Sila klik di sini untuk membaca syarat permohonan

Image

PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN 9A+ TAHUN 2018  
Permohonan online bagi Program Penajaan 9A+ Tahun 2018 mula dibuka pada 19 Mac 2018 (Isnin) jam 5.00 petang.

Sila klik di sini untuk memohon
Sila klik di sini untuk membaca syarat permohonan
Sila klik di sini untuk membaca FAQ

Image

KEMASKINI PROFILING PROGRAM LEPASAN BURSARY (Klik di sini)  
Pemakluman kepada pelajar Program Bursary KPM Tahun 2014 dan 2015 (SPM 2013 dan 2014), kemaskini profiling boleh dibuat mulai 17 Ogos 2017.

Image

PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN 9A+ TAHUN 2017 BAGI LEPASAN SPM TAHUN 2016(klik disini)
 


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) Program-program penajaan untuk pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan. Selain itu, terdapat juga beberapa program penajaan yang turut dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Sila baca, fahami dan pastikan anda memohon mengikut kategori program penajaan yang diiklankan (Penjawat Awam atau seluruh rakyat Malaysia).

Image

PELAWAAN JAPANESE GOVERNMENT (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) SCHOLARSHIPS TEACHER TRAINING STUDENTS 2020  

Sukacita Jabatan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG) yang berminat untuk memohon Program Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarships Teacher Training Students 2020. Permohonan dibuka bermula 15 Januari 2020 sehingga 11 Februari 2020.

Surat Edaran

 

Image

PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI), REPUBLIK KOREA TAHUN 2020  

Sukacita Jabatan ini mempelawa pegawai-pegawai  Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat untuk memohon Program Pembangunan Eksekutif (EDP) di National Human Resources Development Institute (NHI), Republik Korea Tahun 2020. Program ini terbahagi kepada tiga kumpulan seperti berikut:

Program EDP untuk kumpulan Pelaksana (Gred 29 – 40)

Program EDP untuk kumpulan Junior (Gred 41 – 44)

Program EDP untuk kumpulan Senior (Gred 48 – 56)

 

Image

PEMAKLUMAN PENGIKLANAN KEMUDAHAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2020  

Sukacita dimaklumkan bahawa kemudahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi Tahun 2020 akan mula diiklankan pada Februari 2020. Maklumat lanjut akan dimuatnaik ke portal ini setelah permohonan online tersebut dibuka.

 

Image

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (SEPENUH MASA) TAHUN 2019  

Sukacita Jabatan ini mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pelaksana (Persekutuan) yang berminat untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) bagi mengikuti pengajian di peringkat Sijil dan Diploma TVET, Diploma serta Ijazah Pertama.

Butiran Lanjut

Permohonan online (TVET)

Permohonan online (Diploma & Ijazah Pertama)

 

SEMAKAN KEPUTUSAN


Image

KIT HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (PERKHIDMATAN GUNASAMA) SESI 2020  

Sukacita dimaklumkan bahawa Kit Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Kit Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) sesi 2020 telah sedia untuk dimuat turun. Dokumen-dokumen berikut hendaklah dicetak dan disimpan sebagai rujukan sepanjang tempoh pengajian.

1. KIT HLP 2020 DALAM NEGARA

2. KIT HLP 2020 LUAR NEGARA

3. KIT CBBPTB 2020

4. SOALAN LAZIM KURSUS PERSEDIAAN INTAN - Ph.D

5. SOALAN LAZIM KURSUS PERSEDIAAN INTAN - SARJANA (PENYELIDIKAN)

6.SLAID MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT HLP & CBBPTB SESI 2020

 

INFO SEMASA

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN


  

MUAT TURUN

PAUTAN

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia.

[ Hubungi Kami ]