Kursus :

PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF

DI CENTRAL OFFICIALS TRAINING INSTITUTE (COTI),

REPUBLIK KOREA TAHUN 2012 BAGI

KUMPULAN JUNIOR GRED 41 - 44

Tarikh-Tarikh Penting :

 

Tarikh Tutup Pencalonan : 20 Februari 2012

Tarikh Semakan Panggilan Temuduga : 5 Mac 2012

Tarikh Semakan Keputusan Pencalonan: 26 Mac 2012

Tarikh Program Dijalankan : 8 21 April 2012

 

Tajaan :

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

 

Kategori :

 

Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 44

 

Syarat-Syarat :

 

(a)       Berumur tidak melebihi 52 tahun pada 1 Januari 2012;

(b)       Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 44;

(c)       Telah disahkan dalam perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;

(d)       Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun perkhidmatan terkini berturut-turut (2008, 2009 & 2010) atau (2009, 2010 & 2011). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;

(e)       Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);

(f)        Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;

(g)       Telah mengisytiharkan harta;

(h)       Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;

(i)         Tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal dan mental;dan

(j)         Menjalankan tugas terkini dalam bidang pengurusan.

 

Tatacara Permohonan:

Tanggungjawab Pegawai.

a)    Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan di LAMPIRAN A (Borang JPA(L) LDP1B/96 Pin. 2012 - COTI).

 

b)    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

 

(i)            Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B);

(ii)           Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);

(iii)          Senarai Tugas; dan

(iv)         Salinan Kad Pengenalan calon.

 

c)    Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.

 

d)    Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

 

 

Dokumen Permohonan/ Rujukan :

1.    LAMPIRAN A : Borang JPA(L) LDP 1B/96 (Pin. 2012 - COTI)

2.    LAMPIRAN B : Borang JPA (L) LDP 1A/96

3.    LAMPIRAN C : Borang Perakuan Ketua Jabatan

4.    Surat Edaran

5.    Carta Alir Prosedur Permohonan/Pencalonan

Alamat Surat- Menyurat :

 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Aras 3, Blok C1, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 PUTRAJAYA.

(u.p: Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan)

 

Semua pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, sila hubungi:

Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan

 

Telefon: 03-88853546

Faks: 03-88892171

Emel : ldp@jpa.gov.my