Sistem HLP

Soalan Lazim

 
1.

 

Siapakah orang yang layak untuk memuat turun perjanjian melalui modul ini?
     

 

i. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Hadiah Latihan Persekutuan/Separa Hadiah Latihan Persekutuan pada tahun 2011;

 

ii. Telah mengemukakan surat tawaran tetap daripada pihak universiti; dan

 

iii. Telah menerima surat tawaran tetap daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

 

 

2.   Saya telah memenuhi semua syarat di baawah, tetapi mengapa saya masih gagal untuk memuat turun perjanjian?
   
    Tuan hanya boleh memuat turun perjanjian dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh surat tawaran tetap dikeluarkan. Satu emel akan dihantar kepada alamat emel yang telah didaftarkan di dalam sistem permohonan setelah perjanjian itu sedia untuk dimuat turun.
   
3.    Bilakah tarikh akhir untuk saya mengakses sistem ini?
   
    Sistem ini akan dibuka dalam tempoh 2 minggu setelah pegawai menerima tawaran tetap.
   
4.    Bilakah tarikh akhir untuk saya mengemukakan perjanjian yang telah siap ditandatangani?
     
    Perjanjian perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat kelulusan atau sebelum memulakan pengajian, yang mana yang terdahulu
   
5.    Saya menghadapi masalah mengakses sistem ini. Bagaimana boleh saya mendapatkan bantuan?
   

 

 

Tuan boleh emelkan pertanyaan/aduan ke alamat emel ictbmi@jpa.gov.my untuk mendapatkan khidmat bantuan.