NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER LDP BMI DAN PROSEDUR TERKINI URUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN MELIBATKAN PENJAWAT AWAM YANG SEDANG CUTI BELAJAR / DALAM PENAJAAN
PENUTUPAN OPERASI KAUNTER LDP BMI Adalah dimaklumkan bahawa operasi kaunter LDP BMI di Aras 3 (Pintu B), Blok C2, Kompleks C, Putrajaya adalah DITUTUP SEMENTARA bagi kawalan penjarakan sosial. Sehubungan itu, semua urusan berkaitan Latihan Dalam Perkhidmatan (Penjawat Awam) akan dilaksanakan mengikut prosedur terkini seperti di bawah. *** LAPOR DIRI PENJAWAT AWAM SELEPAS CUTI BELAJAR Pegawai P&P Kumpulan GUNASAMA - Pegawai mengemaskini keputusan peperiksaan dan memohon lapor diri melalui Portal MySELF 2 minggu sebelum Cuti Belajar tamat.
- BMI JPA akan menghantar surat lapor diri ke emel pegawai.
- Pegawai dikehendaki hadir melapor diri ke Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) JPA, Aras 10 (Pintu B), Blok C1, Kompleks C, Putrajaya sebelum jam 09.00 pagi pada tarikh lapor diri yang telah ditetapkan. Kegagalan pegawai hadir melapor diri mengikut ketetapan ini boleh dianggap sebagai tidak hadir bertugas dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Pegawai P&P Kumpulan BUKAN GUNASAMA / Pegawai KUMPULAN PELAKSANA - Pegawai mengemaskini keputusan peperiksaan dan memohon lapor diri melalui Sistem MySELF 2 minggu sebelum Cuti Belajar tamat.
- Pegawai kembali melapor diri kepada Ketua Jabatan untuk bertugas semula. Pegawai perlu memastikan Ketua Jabatan mengemukakan surat pengesahan tarikh melapor diri pegawai ke sp.bmi@jpa.gov.my dalam tempoh 1 bulan dari tarikh lapor diri.
- BMI JPA akan menghantar surat lapor diri ke emel pegawai.
*NOTA: Bagi pegawai yang diluluskan penajaan TANPA CUTI BELAJAR, urusan lapor diri perlu dimaklumkan ke emel sp.bmi@jpa.gov.my dan nyatakan Nama Penuh, No. KP, Peringkat Pengajian, Universiti dan Program Penajaan Yang Diterima (Contoh: HLPSB, PPKP Separuh Masa). PERMOHONAN PELANJUTAN CUTI BELAJAR PENJAWAT AWAM Permohonan perlu dikemukakan 3 bulan sebelum tamat Cuti Belajar berdasarkan program-program berikut : DALAM NEGARA Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB), Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Lain-Lain (CBBP HLL), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG), Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) - Permohonan dibuat melalui Sistem MySELF sahaja. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA), Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana (CBBPDBKP), Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Sepenuh Masa - Permohonan dikemukakan ke sp.bmi@jpa.gov.my. Sila nyatakan Nama Penuh, No. KP, Peringkat Pengajian, Universiti dan Program Penajaan Yang Diterima. LUAR NEGARA Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA), Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB), Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Lain-Lain (CBBP HLL), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG), Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) - Permohonan melalui Pejabat PPL Negara Pengajian yang bertanggungjawab sebelum dikemukakan ke sp.bmi@jpa.gov.my. Sila rujuk senarai Pejabat PPL di SINI. PERMOHONAN PENANGGUHAN CUTI BELAJAR PENJAWAT AWAM Permohonan dibuat melalui Sistem MySELF 3 bulan sebelum penangguhan Cuti Belajar bermula. LAIN-LAIN URUSAN BERKAITAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM Penghantaran Dokumen Permohonan melalui serahan tangan (dalam Drop Box LDP di Lobi Blok C2, Kompleks C, Putrajaya) ATAU melalui pos ke alamat berikut : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pembangunan Modal Insan Kluster Pembangunan Strategik Dalam Perkhidmatan Aras 3, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P.PUTRAJAYA Pertanyaan / Semakan boleh dikemukakan kepada Kluster Pembangunan Strategik Dalam Perkhidmatan (LDP) melalui emel ldp@jpa.gov.my.
|