[v50] Hari ini :25-09-2021

PERMOHONAN ATAS TALIAN

LATIHAN SEBELUM PERKHIDMATAN (LSP) Program-program penajaan untuk pelajar-pelajar yang belum berkhidmat dengan Kerajaan.

Image

PEMAKLUMAN BERKAITAN BORANG TUNJUK SEBAB KEMEROSOTAN AKADEMIK PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) (DALAM NEGARA)  

Bagi pelajar-pelajar tajaan JPA (Dalam Negara) yang sedang mengikuti pengajian di peringkat DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA dan mendapat GPA / PNG atau CGPA / PNGK di bawah 3.00 (salah satu atau kedua-duanya) atau mendapat keputusan ‘Gagal’ (bagi pelajar bidang perubatan dan pergigian) dikehendaki mengisi dan melengkapkan Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik sebelum urusan bayaran penajaan pada semester semasa dilaksanakan.


Borang berkenaan boleh dimuat turun di laman web https://esilav2.jpa.gov.my/ dan hendaklah dihantar ke Jabatan ini melalui emel lspdn@jpa.gov.my selewat-lewatnya pada 30 September 2021. Hanya pelajar yang mengemukakan borang yang lengkap diisi sahaja akan diproses bayaran penajaan. Jabatan ini berhak untuk tidak memproses bayaran elaun kepada pelajar sekirannya pelajar gagal mengemukakan borang berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.


Image

PEMAKLUMAN KEPADA PENERIMA TAJAAN JPA DI BAWAH PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) (DALAM NEGARA)  

Bagi melancarkan urusan bayaran pada semester akan datang, pelajar tajaan JPA yang sedang mengikuti pengajian dalam Mod Penyelidikan atau Mix Mode, pelajar dikehendaki untuk menghantar dokumen-dokumen berikut :

1.  Borang Laporan Kemajuan Calon PPC (boleh dimuat turun dalam laman web JPA - https://esilav2.jpa.gov.my/ ); dan 

2.  Salinan slip pendaftaran kursus bagi semester berikutnya.

 

Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara Mod Kerja Kursus / Course Work, pelajar dikehendaki untuk menghantar dokumen-dokumen berikut :

1.  Salinan keputusan peperiksaan terkini; dan 

2.  Salinan slip pendaftaran kursus bagi semester berikutnya.

 

Pelajar dikehendaki untuk mengemukakan borang tersebut ke Jabatan ini melalui emel lspdn@jpa.gov.my sebelum atau pada 30 September 2021 bagi tujuan pembayaran bagi semester berikutnya. Hanya pelajar yang mengemukakan borang yang lengkap diisi sahaja akan diproses bayaran penajaan. Jabatan ini berhak untuk tidak memproses bayaran elaun kepada pelajar sekirannya pelajar gagal mengemukakan borang berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.


Image

KEMASKINI PROFILING PROGRAM KHAS LEPASAN SPM DALAM NEGARA TAHUN 2021
(Klik di sini)
 


Image

KEMASKINI PROFILING PROGRAM KHAS LEPASAN SPM DALAM NEGARA TAHUN 2020 BAGI PELAJAR YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (Klik di sini)

 

Image

KEMASKINI PROFILING PROGRAM PENAJAAN 9A+ TAHUN 2019 (Klik di sini)

 


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) Program-program penajaan untuk pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan. Selain itu, terdapat juga beberapa program penajaan yang turut dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Sila baca, fahami dan pastikan anda memohon mengikut kategori program penajaan yang diiklankan (Penjawat Awam atau seluruh rakyat Malaysia).

Image

PELAWAAN PERMOHONAN BAGI PROGRAM FELLOWSHIP TAHUN 2021  

Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang memiliki ijazah lanjutan serta berminat dalam bidang penyelidikan untuk melaksanakan kajian secara sepenuh masa berkaitan isu strategik dan kritikal yang dihadapi oleh organisasi, di bawah Program Fellowship Tahun 2021. Pegawai yang berminat hendaklah merujuk kepada PSM kementerian masing-masing serta memuat turun dokumen seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Syarat dan Tatacara Permohonan/ Pencalonan

Borang Cadangan Pelaksanaan Kajian

Lampiran B dan B1

 

Image

PEMAKLUMAN : PERMOHONAN PENANGGUHAN CUTI BELAJAR / PENAJAAN PEGAWAI AWAM DALAM PERKHIDMATAN  

Tuan/Puan, 

Dimaklumkan Bermula 1 SEPTEMBER 2021, permohonan Penangguhan Cuti Belajar/Penajaan Pegawai Dalam Perkhidmatan perlu dilaksanakan melalui Portal MySELF JPA, https://myself.jpa.gov.my/ . Fungsi permohonan ini boleh dicapai melalui langkah seperti berikut: Log in Portal MySELF -> Pengajian -> Penangguhan Cuti Belajar/Penajaan Pegawai Dalam Perkhidmatan .

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh tamat tempoh cuti belajar.

Hanya permohonan yang lengkap akan diproses oleh jabatan ini. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan ini, boleh berhubung terus dengan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan BMI, JPA melalui e-mel ke sp.bmi@jpa.gov.my

Sekian, terima kasih.

 

Image

NOTIS PEMAKLUMAN : PENUTUPAN OPERASI KAUNTER BMI JPA BAGI URUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (PENJAWAT AWAM)  

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan, dimaklumkan bahawa operasi kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI), JPA di Aras 3 (Pintu B), Blok C2, Kompleks C, Putrajaya adalah DITUTUP kepada umum. Sehubungan itu, semua urusan berkaitan Latihan Dalam Perkhidmatan (Penjawat Awam) akan dilaksanakan seperti berikut :

1) Lapor diri tamat cuti belajar pegawai awam*

     Pegawai Kumpulan GUNASAMA

  1. Pegawai mengemaskini keputusan peperiksaan dan memohon lapor diri melalui Portal MySELF 2 minggu sebelum Cuti Belajar tamat; 
  2. Pegawai tidak perlu hadir melapor diri secara fizikal di BMI; dan 
  3. Pegawai hantar pemakluman lapor diri melalui emel sp.bmi@jpa.gov.my dan cbbp.bkp@jpa.gov.my

    Pegawai Kumpulan BUKAN GUNASAMA

  1. Pegawai kemaskini keputusan peperiksaan dan memohon lapor diri melalui Portal MySELF 2 minggu sebelum Cuti Belajar tamat;
  2. Pegawai hantar pemakluman lapor diri melalui emel sp.bmi@jpa.gov.my; dan
  3. Pegawai kembali melapor diri kepada Ketua Jabatan untuk bertugas semula.

*Kaedah lapor diri secara atas talian ini terhad kepada penajaan secara sepenuh masa sahaja KECUALI HLPSB / PPKP (Separuh Masa) /Program Kadet PTD/ Program Yuran Pengajian / Pinjaman Boleh Ubah.

2) Penghantaran dokumen pegawai awam - serahan tangan (HLP / CUTI BELAJAR / SPADA/ HLPSB / PPKP /CBBPDBKP) - Dokumen diletakkan dalam drop box LDP yang disediakan di Lobi Blok C2, Kompleks C, Putrajaya. Sila imbas QR Code yang telah disediakan sebagai bukti penghantaran

                                                        ATAU

- Penghantaran dokumen melalui pos ke alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Kluster Pembangunan Strategik Dalam Perkhidmatan

Aras 3, Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 W.P.PUTRAJAYA

 

3) Permohonan perlanjutan cuti belajar/ penajaan Pegawai Awam perlu dilaksanakan melalui portal MySelf (https://myself.jpa.gov.my) 

4) Pertanyaan / semakan dokumen berkaitan urusan Latihan Dalam Perkhidmatan (Latihan / Kursus kepada Penjawat Awam) - Emel pertanyaan boleh dikemukakan kepada ldp.bmi@jpa.gov.my  atau sp.bmi@jpa.gov.my

Image

PEMAKLUMAN : PERMOHONAN PELANJUTAN CUTI BELAJAR / PENAJAAN PEGAWAI AWAM DALAM PERKHIDMATAN  

Tuan/Puan, 

Dimaklumkan Bermula 10 MEI 2021, permohonan Pelanjutan Cuti Belajar/Penajaan Pegawai Dalam Perkhidmatan perlu dilaksanakan melalui Portal MySELF JPA, https://myself.jpa.gov.my/ . Fungsi permohonan ini boleh dicapai melalui langkah seperti berikut: Log in Portal MySELF -> Pengajian -> Pelanjutan Cuti Belajar/Penajaan Pegawai Dalam Perkhidmatan .

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh tamat tempoh cuti belajar.

Hanya permohonan yang lengkap akan diproses oleh jabatan ini. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan ini, boleh berhubung terus dengan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan BMI, JPA melalui e-mel ke sp.bmi@jpa.gov.my

Sekian, terima kasih.

 

Image

PELAWAAN BAGI MENGIKUTI JICA KNOWLEGDE CO-CREATION PROGRAM (YOUNG LEADERS MALAYSIA) AGRI-BUSINESS/ AGRITOURISM ONLINE COURSE 2021  

Dimaklumkan bahawa Japan International Cooperation Agency (JICA) akan menganjurkan Knowledge Co-Creation Program (Young Leaders Malaysia) 2021 yang bertemakan Agri-Business/ Agritourism. Program ini terbuka kepada semua pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Permohonan atas talian bermula 15 September 2021 sehingga 29 September 2021. Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon perlu membaca dan memahami syarat dan tatacara permohonan seperti dibawah:

Notis Iklan JICA (Young Leaders Malaysia) 2021–Agri-Business/ Agritourism

General Information

Borang Permohonan

Lampiran B

Pautan Permohonan

SEMAKAN KEPUTUSAN


Image

SEMAKAN KEPUTUSAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLPSB) TAHUN 2021  

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Tahun 2021 boleh dibuat mulai 22 September 2021 sehingga 5 Oktober 2021 melalui sistem eKeputusan. 

 

Semakan keputusan

 

 

Image

KIT HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI 2021  

Kit Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2021 boleh dimuat turun melalui link berikut:

KIT HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (DALAM NEGARA) SESI 2021

KIT HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (LUAR NEGARA) SESI 2021

INFO SEMASA

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN


  

MUAT TURUN

PAUTAN

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia.

[ Hubungi Kami ]