Apa yang Terbaru di JPA!
PENGUMUMAN PENTING!
2 MAC 2011 - Urusan Penghantaran Semula Pelajar Tajaan (Biasiswa dan Pinjaman) JPA ke Mesir
Pelajar-pelajar tajaan JPA yang telah atau belum membuat tempahan tiket penerbangan pulang ke Mesir diwajibkan untuk mendaftar di (pautan pendaftaran online JPA) mulai 2 Mac 2011 hingga 5 Mac 2011.
Pelajar-pelajar yang telah tamat tempoh sah laku visa dinasihatkan untuk memperbaharui semula visa tersebut di Malaysia sebelum pulang ke Mesir.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian telefon 03-8885 3430/3437/3511 atau emel ke esila@jpa.gov.my
18 FEBRUARI 2011 - Perubahan Tarikh Semakan Keputusan
Adalah dimaklumkan bahawa JPA masih lagi dalam proses pertimbangan bagi Program Sangkutan dan Pembangunan Pengurusan JPA-BMCC Tahun 2011. Semakan keputusan tersebut akan diumumkan di Portal JPA atau Portal eSILA pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.