BETA

30/08/2024: PENGURANGAN DAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN PERSEKUTUAN (PBU 2016)

Berkuatkuasa 1 SEPTEMBER 2024, semua permohonan melibatkan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan dan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan, di bawah Tajaan Pinjaman Boleh Ubah (PBU 2016) adalah melalui portal MySelf. Sila klik pada pautan berikut bagi tujuan permohonan berkenaan:

PENGURANGAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN PERSEKUTUAN (PBU 2016)

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN PERSEKUTUAN (PBU 2016)

PENGGANTUNGAN SEMULA BAYARAN BALIK KERANA BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN (PBU 2016)

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi,
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam.

20/08/2024: PERINGATAN KEPADA PELAJAR AKTIF TAJAAN JPA DALAM NEGARA

Berkuatkuasa 1 OKTOBER 2024, Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan JPA boleh DITAHAN sekiranya pelajar TIDAK melaksanakan perkara berikut:

i. Log masuk ke MySELF & kemaskini maklumat peribadi;
ii. Mengemaskini semua keputusan peperiksaan di MySELF;
iii. Kemuka Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik DALAM TEMPOH 30 HARI selepas keputusan peperiksaan semester berkaitan diperoleh (jika keputusan bawah hka); dan
iv. Kemuka Laporan Kemajuan Penyelidikan (Sarjana/PhD) DALAM TEMPOH 30 HARI selepas semester berikutnya bermula.

Unit Pembangunan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara),
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

08/02/2024: TARIKH BAYARAN ELAUN DAN KEMUDAHAN TAHUN 2024

 

Bagi melancarkan urusan bayaran pada tahun 2024, disertakan jadual bayaran pegawai/pelajar tajaan JPA di dalam dan di luar negara :

JADUAL BAYARAN PELAJAR/PEGAWAI TAJAAN JPA DALAM DAN LUAR NEGARA (Kemaskini 7 Ogos 2024)

  

Sekian, terima kasih.


Unit Pengurusan Kewangan

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Awam


Kemaskini 7 Ogos 2024

15/12/2023: KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN JPA

 

Bagi melancarkan urusan bayaran balik pinjaman, disertakan lampiran kaedah bayaran untuk rujukan peminjam bagi tatacara bayaran balik pinjaman yang lebih jelas.:

LAMPIRAN - KAEDAH DAN KEMUDAHAN PBU 2016 (Okt2023)

LAMPIRAN KAEDAH BAYARAN BALIK - PINJAMAN MULAI 1987-2015 (Kemaskini 21.08.2023)

  

Sekian, terima kasih.


Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Awam


Kemaskini 15 Disember 2023