[v51] Hari ini :26-09-2023
Permohonan Pelepasan Ikatan Kontrak Bagi Pemegang-Pemegang Biasiswa Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam Yang DILANTIK SECARA KONTRAK Sebagai Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia
Kerajaan telah bersetuju untuk mempertimbangkan pelepasan ikatan kontrak kepada pemegang-pemegang Biasiswa Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
Permohonan DIBUKA SEPANJANG MASA DAN TIADA TARIKH TUTUP. Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap di pautan berikut:-
Sila klik pautan berikut untuk melihat Soalan Lazim mengenai permohonan ini.
Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat sahaja akan diproses oleh Jabatan ini. Sekiranya mempunyai kemusykilan setelah merujuk Soalan Lazim yang disertakan, sila kemukakan kemusykilan tersebut ke alamat e-mel perjanjian@jpa.gov.my
Terima kasih