[v51] Hari ini :27-04-2024

PEMAKLUMAN


Pemakluman Kepada Penerima Biasiswa Di Bawah Program Mahasiswa Cemerlang (PMC) Tahun 2015 (Dalam Negara) Dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2017 (Dalam Negara)



Bagi melancarkan urusan bayaran biasiswa pada semester akan datang, pelajar tajaan JPA yang sedang mengikuti pengajian dalam Mod Penyelidikan atau Mix Mode, pelajar dikehendaki untuk menghantar dokumen-dokumen berikut:

  1. Borang Laporan Kemajuan Calon PPC/PMC (yang telah lengkap diisi); dan
  2. Salinan slip pendaftaran kursus bagi semester berikutnya.
Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara Mod Kerja Kursus / Course Work, pelajar dikehendaki untuk menghantar dokumen-dokumen berikut:
  1. Salinan keputusan peperiksaan terkini; dan
  2. Salinan slip pendaftaran kursus bagi semester berikutnya.
Borang yang telah dikemaskini dengan lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan ini melalui emel lspdn@jpa.gov.my. Bagi pelajar yang tidak mengemukakan borang berkenaan, bayaran biasiswa pelajar akan lewat diproses atau tidak dikreditkan. Hanya pelajar yang mengemukakan borang yang lengkap diisi sahaja akan diproses bayaran penajaan.

         Muat Turun Borang Laporan Kemajuan Calon PPC/PMC

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia.

[ Hubungi Kami ]